MAJLIS PELANCARAN KEMPEN JOM KEMAS RUMAH (3R – REDUCE, REUSE, RECYCLE) DAN KEMPEN SEDEKAH BAJU RAYA TERPAKAI

KLIK SINI UNTUK BERITA BERGAMBAR PENUH

 
Alor Setar, 17 Mei 2026 – Pengerusi PUSPANITA Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Yang Berbahagia Datin Fauziah Halim telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Kempen Jom Kemas Rumah (3R – Reduce, Reuse, Recycle) dan Kempen Sedekah Baju Raya Terpakai di Ibu Pejabat MBAS.
 
Majlis perasmian tersebut turut dihadiri oleh Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar bin Yahya; Ketua Jabatan Komunikasi Korporat E-Idaman Sdn. Bhd., Encik Ahmad Fuad Abdul Rahim; barisan Ahli Majlis; Ahli-Ahli Jawatankuasa PUSPANITA MBAS serta pegawai-pegawai terlibat.
 
Program ini merupakan inisiatif yang dilaksanakan dengan kerjasama strategik bersama pihak SWCorp dan E-Idaman Sdn. Bhd. Ia akan berlangsung bermula 14 hingga 20 Mei 2026, dari jam 9.00 pagi hingga 5.30 petang bertempat di kawasan bersebelahan Café Tok Keramat, Pejabat MBAS.
 
Tujuan utama penganjuran kempen ini adalah untuk membuka ruang kepada masyarakat bagi menyumbangkan pakaian Hari Raya terpakai yang masih berkeadaan baik untuk disalurkan kepada golongan yang memerlukan. Selain itu, kempen ini turut diperkasakan dengan inisiatif kelestarian alam sekitar menerusi perkhidmatan “Trash to Cash”. Sambil membersihkan kawasan kediaman, warga bandar raya berpeluang menjana pendapatan dengan menukarkan barangan kitar semula kepada wang tunai.
 
Pihak MBAS dengan berbesar hati menjemput seluruh warga bandar raya Alor Setar hadir memeriahkan kempen ini yang akan berlangsung sehingga 20 Mei 2026.
 
 
Skip to content