LAWATAN TAPAK PROJEK PEMBINAAN TEMPAT LETAK KERETA BERTINGKAT DI HOSPITAL SULTANAH BAHIYAH, ALOR SETAR, KEDAH
Alor Setar, 17 Mei 2026 – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) melalui Jabatan Kawalan Bangunan telah mengaturkan lawatan tapak diProjek Pembinaan Tempat Letak Kereta Bertingkat di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar. Lawatan tapak tersebut diketuai oleh Tuan Setiausaha MBAS, Encik Mohamad Shahuri bin Mohamad Norlin bertujuan memastikan aspek pematuhan, keselamatan dan pelaksanaan kerja dilaksanakan mengikut pelan yang diluluskan serta mematuhi kehendak teknikal dan perundangan berkaitan sebagai sokongan kepada pengeluaran Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC).
Projek Pembinaan Tempat Letak Kereta Hospital Sultanah Bahiyah yang berketinggian tiga (3) tingkat ini menyediakan 506 tempat letak kereta dan 50 tempat letak kenderaan bagi meningkatkan kapasiti parkir untuk menampung pertambahan bilangan pengunjung, pesakit, petugas kesihatan dan pelawat ke hospital, di samping mengurangkan kesesakan serta masalah kekurangan tempat letak kereta di kawasan Hospital Sultanah Bahiyah.
Turut hadir bersama Timbalan Setiausaha MBAS, Pengarah Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Kementerian Kesihatan Malaysia, Pengarah Jabatan Kawalan Bangunan MBAS, Timbalan Pengarah Perubatan III HSB, Ahli Lembaga Pelawat HSB, Ahli-ahli Majlis, Ketua-ketua Bahagian, pegawai-pegawai MBAS dan Arkitek serta Perunding.
MBAS komited dalam memastikan pembangunan dan kemudahan awam sentiasa berada pada tahap yang selamat, berkualiti dan memberi manfaat kepada masyarakat.
