18 Mei 2026 (Isnin), Majlis Daerah Bandar Baharu (MDBB) telah melaksanakan mesyuarat Jawatankuasa Siasatan Tempatan Dan Pendengaran (JSTP) bagi program Draf RTMDBB 2035 yang dipengerusikan oleh YB (B) Mejar Mansor Zakaria, AMK., PCK., PNBB., PNS., dan turut dihadiri oleh Encik Mohd Munizam Bin Abdul Aziz, Pengarah PLANMalaysia,Tuan Mohd Noor Bin Ismail, AMK., BCK., Yang Dipertua MDBB, Puan Hamidah Binti Khalil, Pengurus Projek URP 1, PPZU (PLANMalaysia).

Hadir sama ialah Puan Nadziatul Shazwani Binti Nor Aman, BCK., Ketua Penolong Pengarah Tanah dan Galian (Pembangunan), Ir Muhammad Yusri Bin Hamid, BCK., Jurutera Awam Penguasa, JKR Kedah, Ir. Mohamad Adhar Bin Yahaya, Jurutera Daerah Kulim/Bandar Baharu (JPS) dan Puan Norma Binti Abd Razak, Pegawai Kawalan Kanan (JAS) Cawangan Kulim sebagai ahli jawatankuasa JSTP, dan Encik Muhamad Amin Bin Jaafar selaku setiausaha mesyuarat bersama pasukan kajian Rancangan Tempatan daripada PLANMalaysia Kedah dan Pejabat Projek Zon Utara (PLANMalaysia), Bahagian Perancangan dan Pembangunan MDBB serta Ketua-Ketua Bahagian MDBB.

Seramai 14 orang pembantah telah hadir bagi memberikan penerangan. Mesyuarat ini diadakan bagi memastikan setiap cadangan pembangunan mengambil kira pandangan serta kepentingan penduduk setempat.

Hasil mesyuarat ini akan diangkat ke mesyuarat penuh majlis dan dibentangkan ke Jawatankuasa Perancangan Negeri (JPN) dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) untuk pewartaan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua Ahli Mesyuarat yang hadir dan memberi komitmen yang baik sepanjang mesyuarat dijalankan.

Skip to content