𝐃𝐈𝐑𝐆𝐀𝐇𝐀𝐘𝐔 𝐓𝐔𝐀𝐍𝐊𝐔

Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

Semoga Allah SWT melanjutkan usia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku, mengurniakan kesihatan yang berpanjangan, kesejahteraan serta kekuatan dalam menaungi rakyat dan negara dengan penuh kebijaksanaan, keadilan dan kemakmuran.

Mudah-mudahan pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa berada dalam rahmat dan perlindungan Allah SWT, serta terus menjadi lambang perpaduan, kestabilan dan kedaulatan negara tercinta.

Sembah takzim daripada,

YBhg. Dato’ Yang Dipertua,

Setiausaha, Ahli-Ahli Majlis serta seluruh

Warga Kerja Majlis Perbandaran Kulim

Skip to content