KERJA-KERJA PEMOTONGAN RUMPUT DI LEBUHRAYA SULTANAH BAHIYAH.
Alor Setar, 26 Mei 2026 – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) hari ini bersama-sama E-Idaman Sdn. Bhd., THB Maintenance Sdn. Bhd. melaksanakan kerja-kerja pemotongan rumput di Lebuhraya Sultanah Bahiyah sebagai inisiatif membantu kelancaran operasi pihak konsesi penyelenggaraan jalan bagi memastikan Bandar Alor Setar kekal bersih dan indah menjelang Aidiladha 1447H.
Terima kasih kepada E-Idaman Sdn. Bhd. dan THB Maintenance Sdn. Bhd. atas komitmen dan kerjasama padu yang diberikan dalam melaksanakan inisiatif ini.
