5 MEI 2026 (SELASA)
Program Cabutan Undi Tapak Niaga Bazar Raya Aidiladha tahun 1447H / 2025 Di Pekan Guar Chempedak, Yan, Kedah telah diadakan pada jam 9.00 pagi bertempat di Dewan Dato’ Madi, Yan, Kedah.
Program dimulakan dengan sesi pendaftaran para peniaga dan seterusnya disusuli dengan sesi cabutan undi tapak niaga iaitu bagi tapak 20×20 sebanyak 42 tapak manakala tapak 10×10 sebanyak 67 tapak dan diakhiri dengan pembayaran sewaan tapak oleh para peniaga tersebut kepada pihak Majlis Daerah Yan.
Turut serta dalam program ini ialah Ketua Jabatan Kesihatan Persekitaran MDY dan urus setia dari Jabatan Kesihatan dan Persekitaran MDY.
Semoga para peniaga dapat menjalankan perniagaan dengan mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan terutamanya dari aspek kualiti dan kebersihan makanan serta pematuhan SOP seperti yang ditetapkan.




