MBAS LAKSANA OPERASI KIOSK ROKOK/TEMBAKAU (OPS KIOSK MAKAU), 22 KOMPAUN SERTA 22 NOTIS DIKELUARKAN ATAS PELBAGAI KESALAHAN

KLIK SINI UNTUK BERITA BERGAMBAR PENUH
Alor Setar, 2 Jun 2026 – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) telah mengeluarkan 24 kompaun dan 22 notis atas pelbagai kesalahan dalam satu operasi khas menyasarkan kiosk rokok dan tembakau di sekitar daerah Kota Setar dan Pokok Sena.
 
Operasi ‘Ops Kiosk Makau’ telah dijalankan selama 2 hari iaitu pada 31 Mei dan 1 Jun 2026 oleh Bahagian Penguatkuasaan MBAS, menyaksikan sebanyak 24 buah kiosk diperiksa secara menyeluruh.
 
Hasil operasi yang dijalankan, sebanyak 24 kompaun telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan termasuk (22) kompaun di bawah Undang-Undang Kecil (UUK) 3, Pelesenan Penjaja dan Gerai (MBAS) 2010 kerana menjalankan perniagaan tanpa lesen yang sah. Manakala (2) dua lagi kompaun dikenakan di bawah UUK 7(1), UUK Iklan (MBAS) 2010 atas kesalahan mempamerkan iklan tanpa kebenaran pihak berkuasa tempatan (PBT).
 
Sementara itu, sebanyak 22 notis turut dikeluarkan di bawah UUK 23, Pelesenan Penjaja dan Gerai (MBAS) 2010 terhadap peniaga yang dikesan meninggalkan peralatan perniagaan di tempat awam selepas tamat waktu operasi perniagaan.
 
Pihak MBAS menegaskan bahawa pemantauan dan tindakan penguatkuasaan akan terus dijalankan secara berkala bagi memastikan semua pengusaha premis serta kiosk mematuhi undang-undang yang ditetapkan demi menjaga kebersihan, keselamatan, dan ketenteraman awam.
 
Skip to content