8 Jun 2026 – Dato’ Haji Elmi bin Yusoff, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kulim (MPKK), telah mengadakan perjumpaan bersama pasukan bola sepak MPKK bagi menzahirkan penghargaan dan ucapan tahniah atas pencapaian cemerlang pasukan yang berjaya mara ke peringkat akhir Pertandingan Piala Datuk Seri Saifuddin Nasution.

Dalam suasana penuh semangat dan kebersamaan, Pengurus Pasukan Bola Sepak MPKK turut menyampaikan jersi baharu pasukan kepada Dato’ Yang Dipertua sebagai tanda penghargaan atas sokongan dan komitmen berterusan beliau terhadap pembangunan sukan serta kebajikan warga MPKK.

Pada kesempatan tersebut, Dato’ Yang Dipertua turut berpesan agar semua pemain sentiasa menjaga kesihatan, kecergasan dan keselamatan diri sepanjang menjalani latihan serta perlawanan. Beliau menekankan kepentingan mengelakkan kecederaan serius agar setiap pemain dapat terus menyumbang kepada kejayaan pasukan.

Tahniah kepada seluruh pasukan bola sepak MPKK atas pencapaian yang membanggakan. Semoga semangat, disiplin dan kesungguhan yang dipamerkan menjadi pemangkin untuk melakar lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.

Klik untuk gambar sekitar program

#MajlisPerbandaranKulim

Skip to content