MAJLIS PELUNCURAN "SONGKOK DATUK BANDAR" DI KARNIVAL SANTAI BELIA X PEKAN RABU, ALOR SETAR
Alor Setar, 6 Jun 2026 – Majlis Peluncuran “Songkok Datuk Bandar” Di Karnival Santai Belia X Pekan Rabu, Alor Setar yang telah disempurnakan oleh Datuk Bandar Alor Setar, YBhg. Dato’ Haji Abdul Gafar Yahya.
Songkok Datuk Bandar ini merupakan rekaan khas daripada Syarikat Bobriezal Exclusive yang merupakan usahawan turun temurun di Pekan Rabu. Bobriezal Exclusive juga menjadi tempat sentuhan pembuatan songkok bagi pembesar-pembesar dan tetamu VIP.
Untuk makluman, Songkok Datuk Bandar ini direka khas untuk menonjolkan identiti, keunikan serta nilai eksklusif seorang pemimpin, dengan sentuhan seni warisan melayu yang menggabungkan ketelitian, kehalusan hasil tangan, kekemasan reka bentuk serta simbol penghormatan terhadap budaya pemakaian songkok sebagai lambang keperibadian, kewibawaan dan kepimpinan.
Hadir sama di majlis tersebut ialah ADUN Derga, YB. Muhammad Amri Wahab; Pengerusi Koperasi Pekan Rabu, En. Shahrizal Zolkepli; Presiden Majlis Belia Negeri Kedah, En. Mohd Amir Murshidi Dato’ Samsudin; Ahli Majlis MBAS, Dato’ Ch’ng Boon Chye serta dif-dif kehormat yang lain.
