MBAS LAKSANA OPERASI PEMATUHAN LESEN, SERU PARA PENIAGA AMBIL PELUANG SERTAI PROGRAM LIBAT URUS LESEN BERTEMPOH UNTUK MENDAPATKAN LESEN SEGERA

KLIK SINI UNTUK BERITA BERGAMBAR PENUH
Alor Setar, 9 Jun 2026 – Majlis Bandaraya Alor Setar ( MBAS ) melalui Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Bahagian Penguatkuasaan telah melaksanakan satu Operasi Bersepadu di sepanjang Jalan Hutan Kampung baru-baru ini bagi memastikan tahap pematuhan undang-undang khususnya berkaitan lesen perniagaan sentiasa dipatuhi.
 
Hasil operasi yang dijalankan sebanyak 13 premis perniagaan dan 10 penjaja didapati beroperasi tanpa lesen perniagaan. Susulan itu, sebanyak 18 kompaun dan 5 notis dikeluarkan atas kesalahan tiada lesen perniagaan yang sah di bawah Undang – Undang kecil Pelesenan Premis Tred, Perniagaan dan Perindustrian ( MBAS ) 2010 serta Undang – Undang Kecil Pelesenan Penjaja dan Gerai ( MBAS ) 2010.
 
Selain tindakan penguatkuasaan, edaran notis, borang serta risalah maklumat berkaitan Program Libat Urus Lesen Bertempoh Siri 2 turut diedarkan kepada peniaga sebagai langkah pendidikan dan kesedaran bagi meningkatkan tahap pematuhan pada masa akan datang.
 
MBAS menyeru kepada semua peniaga yang masih belum mendapatkan lesen untuk merebut peluang mendapatkan lesen segera melalui Program Libat Urus Lesen Bertempoh Siri 2 yang akan diadakan pada 30 Jun 2026 bertempat di Dewan Serbaguna, Pejabat Daerah Pokok Sena bagi memudah cara urusan permohonan dan pendaftaran lesen perniagaan masing-masing.
 
Pautan permohonan awal Program Libat Urus Lesen Bertempoh Siri 2 MBAS :
 
Untuk sebarang pertanyaan, hubungi Bahagian Pelesenan MBAS di talian 04-7360800.
 
 
Skip to content