10 Jun 2026 – Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) terus komited dalam usaha memastikan kesejahteraan komuniti dan haiwan melalui Kempen Pengurusan Haiwan Terbiar MPKK 2026.

Program turun padang ini turut disertai oleh Tuan Haji Mohammad Iskandar Shah bin Ibrahim, Ahli Majlis Zon 3; Encik Hamdan bin Zarkasi, Pegawai Kawasan; Puan Mar Zatul binti Che Mohd, Ketua Unit, Unit Kesihatan Awam, Bahagian Perkhidmatan Perbandaran, Jabatan Kesihatan Persekitaran serta Unit Vektor, Jabatan Kesihatan Persekitaran.

Pelaksanaan kempen ini turut merangkumi aktiviti pelesenan aktif secara 𝘥𝘰𝘰𝘳 𝘵𝘰 𝘥𝘰𝘰𝘳, di mana pihak MPKK turun ke kawasan komuniti bagi memberi penerangan dan kesedaran kepada penduduk mengenai kepentingan melesenkan haiwan peliharaan.

Inisiatif ini bertujuan menggalakkan pemilikan haiwan yang bertanggungjawab, menjaga kebersihan serta keselamatan kawasan perumahan, di samping membantu mengurangkan isu haiwan terbiar secara lebih berkesan.

“𝐊𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐮𝐚𝐫𝐚”

Klik untuk gambar sekitar program

#MajlisPerbandaranKulim

#kempenpengurusanhaiwanterbiar

#kasihuntukyangtidakbersuara

#kementerianperumahandankerajaantempatan

Skip to content