11 Jun 2026 – Pasukan Bola Sepak MPKK tampil dengan semangat baharu menerusi sesi fotografi rasmi pelancaran jersi bersama YBhg. Dato’ Haji Elmi bin Yusoff, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kulim.

Majlis ini diserikan lagi dengan perlawanan persahabatan antara Majlis Perbandaran Kulim dan Kutip FC bertempat di Stadium Kulim yang berlangsung penuh semangat, santai dan meriah, sekali gus mengeratkan hubungan serta semangat kesukanan dalam kalangan semua yang terlibat.

Terus maju Pasukan Bola Sepak MPKK! 💪

Klik untuk gambar sekitar program

#MajlisPerbandaranKulim

Skip to content