







15 Jun 2026 – Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) telah melaksanakan Kempen Pengurusan Haiwan Terbiar Tahun 2026 sebagai salah satu inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bagi memupuk kesedaran dalam kalangan murid-murid tentang kepentingan mengurus haiwan terbiar secara bertanggungjawab. Kempen ini turut memberi penekanan terhadap aspek kebersihan, keselamatan dan kesejahteraan persekitaran.
Program CSR ini telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Air Merah (SKAM) dengan penglibatan Guru Besar, Puan Suzzana binti Md Saad, bersama warga SKAM. Program ini diteruskan di Tadika Tilmiz Genius Puan Noor Atiqah binti Ishak, melibatkan seramai 35 orang anak cilik di tadika ini.
Pelaksanaan kempen ini mencerminkan komitmen MPKK dalam memberi pendedahan awal kepada murid-murid mengenai tanggungjawab bersama menangani isu haiwan terbiar, di samping memupuk sikap prihatin terhadap kebajikan haiwan serta kepentingan mengurus haiwan peliharaan.
MPKK merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak Sekolah Kebangsaan Air Merah dan Tadika Tilmiz Genius atas kerjasama serta sokongan yang diberikan dalam menjayakan program ini.
Jom jadi komuniti yang hebat! Sayangi haiwan, dan jangan biarkan mereka terbiar.
“𝐊𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐮𝐚𝐫𝐚”
Klik untuk gambar sekitar program