PEMAKLUMAN
NOTIS PEMAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA PADANG BOLA MPSPK
Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) memaklumkan bahawa Padang Bola (Perkarangan Menara MPSPK) akan ditutup kepada orang awam bagi memberi laluan kepada kerja-kerja menaik taraf dan kerja-kerja berkaitan infrastruktur padang.
Penutupan sementara ini akan bermula pada 18 Jun 2026 sehingga 31 Disember 2026.
Sepanjang tempoh tersebut, akses ke padang adalah tidak dibenarkan bagi memastikan proses naik taraf dapat dilaksanakan dengan lancar, selamat serta mengikut piawaian yang ditetapkan. Usaha ini adalah sebahagian daripada komitmen MPSPK dalam menyediakan kemudahan sukan yang lebih baik, berkualiti dan kondusif untuk kegunaan masyarakat pada masa akan datang.
MPSPK memohon maaf atas segala kesulitan yang mungkin timbul dan amat menghargai kerjasama serta sokongan semua pihak.
Terima kasih.
