HEBAHAN RASMI PROGRAM MEMBINA MUAFAKAT DALAM USAHA MEMPERKUKUH KEHARMONIAN DAN KEINDAHAN PERSEKITARAN KOMUNITI

Majlis Perbandaran Kubang Pasu akan menganjurkan 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐌𝐄𝐌𝐁𝐈𝐍𝐀 𝐌𝐔𝐀𝐅𝐀𝐊𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀 𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐊𝐄𝐇𝐀𝐑𝐌𝐎𝐍𝐈𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐈𝐍𝐃𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐊𝐈𝐓𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈 pada 20 𝐉𝐮𝐧 2026 bertempat di 𝐁𝐞𝐥𝐢𝐦𝐛𝐢𝐧𝐠 𝐄𝐜𝐨 𝐏𝐚𝐫𝐤, 𝐉𝐢𝐭𝐫𝐚. Program ini diadakan sebagai satu inisiatif bagi memperkukuh hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat setempat di samping memupuk semangat kerjasama serta tanggungjawab bersama dalam memastikan persekitaran komuniti sentiasa bersih, indah, selamat dan harmoni.

Pelbagai aktiviti menarik telah dirancang sepanjang program berlangsung antaranya sesi pendaftaran dan sarapan, taklimat program, brisk walk, persembahan silat, permainan interaktif, pertandingan mewarna kanak-kanak, pertandingan ayam serama, jualan produk, pameran basikal downhill serta cabutan bertuah. Program ini diharapkan dapat menarik penyertaan orang ramai sekali gus menjadi medium terbaik dalam membina masyarakat yang bersatu padu serta menyokong usaha ke arah mewujudkan kesejahteraan dan keharmonian persekitaran secara berterusan.

Tempat : Belimbing Eco park, Jitra Kedah

Tarikh : 20 Jun 2026

Masa : 7.30 pagi – 4.30 petang (Sabtu)

Semua dijemput hadir bagi memeriahkan program!!

Warta Kedah

#perbandaranbersihindah

#majlisperbandarankubangpasu

#MPKP

🖱 Portal : https://pbt.kedah.gov.my/…/majlis-perbandaran-kubang-pasu/

📱 Twitter : https://twitter.com/mpkubangpasu

📲 Instagram : https://www.instagram.com/majlisperbandarankubangpasu/

💻Facebook : https://www.facebook.com/MPKubangpasu

📱 WhatsApp Aduan : https://wa.link/c38jh1

Skip to content