AUDIT PENSIJILAN SEMULA MS ISO 9001:2015, ISO 37001:2025 & ISO/IEC 27001:2022
Alor Setar, 16 Jun 2026 – Majlis Bandaraya Alor Setar telah berjaya memperoleh pensijilan semula bagi MS ISO 9001:2015, ISO 37001:2016 & ISO/IEC 27001:2022 setelah selesai menjalani proses pengauditan oleh pihak SIRIM QAS International Sdn. Bhd. selama 2 hari dari 15 Jun 2026 hingga 16 Jun 2026.
Hasil daripada laporan penemuan audit yang dibentangkan di sesi penutupan yang telah berlangsung petang tadi bertempat di Dewan Mesyuarat Al-Wafa MBAS, Ketua Juruaudit dari pihak SIRIM, En. Mohd Shahril bin Mohd Arshad telah mengesyorkan Majlis Bandaraya Alor Setar untuk pensijilan semula bagi MS ISO 9001:2015, ISO 37001:2025 & ISO/IEC 27001:2022.
Pihak pengurusan MBAS merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak SIRIM dan seluruh warga kerja MBAS atas komitmen dan kesungguhan yang telah diberikan dalam memastikan kelancaran sesi pengauditan pada kali ini.
