KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA
Pembekal-pembekal BUMIPUTERA yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan MPSPK serta masih dibenar membuat kerja-kerja sebutharga adalah dipelawa untuk mendaftar bagi kerja-kerja sebut harga di bawah ini.
| BIL | NO SEBUT HARGA | PROJEK | KELAS, KEPALA & SUB KEPALA | PENDAFTARAN / TAKLIMAT | TARIKH LAWATAN TAPAK |
| 1. | NO. 16/2026 (LR) | CADANGAN MENAIK TARAF KEMUDAHAN LALUAN PEJALAN KAKI DAN PENGINDAHAN LANDSKAP DI TAMAN JUBLI PERAK, SUNGAI PETANI, KEDAH | BERDAFTAR DENGAN CIDB GRED G2 | PENDAFTARAN DAN TAKLIMAT PADA JAM 9.00 PAGI BERTEMPAT DI TAPAK SEMAIAN MPSPK | 28 JUN 2026 |
Harga Dokumen : RM20.00 SENASKAH (KAD KREDIT/KAD DEBIT/BOOST/TNG)
Lawatan tapak dan taklimat adalah diwajibkan. Kontraktor-kontraktor yang ingin menyertai sebut harga di atas hendaklah datang sendiri (wakil tidak dibenarkan) membawa cop syarikat, dokumen asal Sijil Akaun Pendaftaran Syarikat yang dikeluarkan Kementerian Kewangan Malaysia.
Dokumen tawaran ini boleh didapati di Kaunter Jabatan Kewangan, Tingkat 4, Menara MPSPK mulai 28 JUN 2026 pada hari dan waktu seperti di bawah :-
| Ahad – Rabu | : | 8.30 pagi – 12.45 tengah hari |
| 2.15 petang – 4.30 petang | ||
| Khamis | : | 8.30 pagi – 12.45 tengah hari |
| 2.15 petang – 3.00 petang |
Kontraktor yang berminat adalah DIWAJIBKAN MEMBAWA SIJIL ASAL PERAKUAN PENDAFTARAN KONTRAKTOR (CIDB), SIJIL PEROLEHAN KERJA KERAJAAN, SIJIL TARAF BUMIPUTERA, PENDAFTARAN SSM & PENDAFTARAN SURUHANJAYA TENAGA (BAGI KONTRAKTOR ELEKTRIK) untuk menghadiri taklimat sebut harga dan seterusnya menyertai satu lawatan tapak bina. Hanya pemegang lesen yang sah dan berdaftar dengan MPSPK sahaja berhak hadir. WAKIL TIDAK DIBENARKAN. KEBENARAN KHAS bagi projek ini adalah TIDAK DIBENARKAN.
Tarikh tutup sebut harga ialah pada 06 JULAI 2026, jam 12.00 tengah hari. Dokumen tawaran sebut harga yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri/bermeteri, bertulis nama tawaran dan nombor sebut harga dan dihantar kepada Seksyen Perolehan, Jabatan Kewangan, Tingkat 4, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman atau dimasukkan terus ke dalam Peti Tawaran Sebut harga di Jabatan Kewangan (Seksyen Perolehan), Tingkat 4, Menara MPSPK, Majlis Perbandaran Sungai Petani 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.
Pihak kerajaan tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah sekali daripada mana-mana tawaran.
YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI
Tarikh Iklan : 21 JUN 2026