16 Jun 2026 – Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) telah mengadakan sesi temuduga bagi pemilihan penyewa gerai dan kiosk kosong milik MPKK. Temuduga ini berlangsung di Dewan Putra dan telah dihadiri oleh 32 orang calon.

Sesi temuduga ini dikendalikan oleh barisan panel yang terdiri daripada Encik Mohd Saifuddin bin Hassan, Ahli Majlis Zon 14; Encik Abdullah bin Che Ya, Ahli Majlis Zon 01; Puan PMgr. Sr. Fauziah binti Abdul Mutalib, Pengarah Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta; Puan Mazlina binti Wahab, Ketua Bahagian Inspektorat; serta Encik Badrul Hisyam bin Mohamad Dir, Penolong Pegawai Undang-Undang.

Antara lokasi gerai yang ditawarkan termasuklah di Kedai Kota Kenari, Rumah Kedai Perniagaan Putra, Arked Seri Makmur, Gerai Seri Cempaka (Pekan Junjong), Kiosk Taman Manggis dan Kiosk Pondok Bas Taman Pudina.

Program ini mencerminkan komitmen MPKK dalam membantu penduduk tempatan mendapatkan peluang perniagaan secara lebih teratur dan sah di sisi undang-undang. Usaha ini juga selaras dengan hasrat MPKK untuk terus menyokong peniaga kecil dan penjaja dalam merancakkan ekonomi tempatan serta memberi manfaat kepada masyarakat sekitar.

MPKK merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua calon yang hadir. Semoga inisiatif ini dapat membuka lebih banyak peluang kepada usahawan kecil untuk berkembang maju bersama MPKK.

Klik untuk gambar sekitar program

#MajlisPerbandaranKulim

Skip to content