








18 Jun 2026 – Program gotong-royong mengecat Stadium Kulim yang diselaraskan oleh Jabatan Pembangunan Masyarakat, MPKK telah dilaksanakan sebagai usaha menceriakan dan menaik taraf kemudahan awam agar sentiasa berada dalam keadaan bersih, kemas dan selesa untuk kegunaan masyarakat.
Program ini telah dihadiri oleh warga kerja MPKK yang bersama-sama menjayakan kerja-kerja mengecat di kawasan tempat duduk penonton serta beberapa bahagian stadium bagi memberikan wajah baharu yang lebih menarik dan teratur.
Pelaksanaan program ini mencerminkan komitmen MPKK dalam memastikan kemudahan sukan dan rekreasi awam di Stadium Kulim terus terpelihara, sekali gus memberi keselesaan kepada pengunjung, atlet serta komuniti setempat.
Semangat kerjasama dan gotong-royong yang ditunjukkan oleh warga kerja MPKK menjadi bukti bahawa penjagaan kemudahan awam adalah tanggungjawab bersama demi kesejahteraan komuniti.
Terima kasih kepada semua warga kerja MPKK yang terlibat dalam menjayakan program gotong-royong ini.
Bersama kita jaga kemudahan awam, demi Kulim yang bersih, ceria dan sejahtera.