



24 Jun 2026 – Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) telah melaksanakan satu operasi bersepadu di bawah penyelarasan Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi tindakan penguatkuasaan terhadap binaan gerai usang di kawasan rizab jalan JKR berhampiran Tadika KEMAS Mahang / Desa KEDA Dingin.
Dalam operasi ini, turut terlibat beberapa agensi dan jabatan lain, antaranya Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Pejabat Daerah dan Tanah Kulim.
Pelaksanaan operasi ini bertujuan untuk memastikan pematuhan terhadap peraturan yang berkuat kuasa, menjaga kepentingan awam serta memastikan kawasan terlibat berada dalam keadaan selamat dan teratur.
Semoga kerjasama erat antara semua pihak yang terlibat dapat terus diperkukuh dalam usaha memastikan setiap tindakan penguatkuasaan dilaksanakan secara tersusun, berhemah dan demi kepentingan awam.
Ikuti media sosial rasmi MPKK untuk mendapatkan maklumat terkini berhubung tindakan penyelesaian aduan, hebahan semasa serta perkembangan perkhidmatan kepada warga Kulim.
Terima kasih atas keprihatinan warga Kulim dalam bersama-sama membantu mewujudkan persekitaran yang lebih indah, bersih, maju dan selamat.
“𝑴𝑷𝑲𝑲 𝑴𝑬𝑵𝑫𝑬𝑵𝑮𝑨𝑹, 𝑴𝑷𝑲𝑲 𝑩𝑬𝑹𝑻𝑰𝑵𝑫𝑨𝑲”