27 Jun 2026 – Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) telah mengadakan Program LA21 – Green Living: “Recycle Smart” @ Green Community Serta Pelancaran Combi Dan Kombed bertempat di Tempat Letak Kereta Berhadapan Masjid Al-Muqarrabin, Taman Angsana, Kulim.

Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Dr. Liyanatul Najwa binti Zakaria, Pegawai Kesihatan Daerah Kulim, yang turut menekankan kepentingan penjagaan kesihatan awam serta kebersihan persekitaran komuniti.

Seterusnya, majlis dirasmikan oleh Puan Noorul Azyyati binti Ahmad Salmi, Puan Setiausaha MPKK, mewakili YBhg. Dato’ Haji Elmi bin Yusoff, Yang Dipertua MPKK. Dalam ucapan perasmiannya, beliau turut mengingatkan masyarakat agar sentiasa menjaga kebersihan persekitaran kediaman dan kawasan komuniti. Amalan menjaga kebersihan bukan sahaja dapat mewujudkan persekitaran yang selesa dan sejahtera, malah turut membantu mencegah pembiakan nyamuk Aedes sekali gus mengurangkan risiko penyakit denggi.

Turut hadir, Encik Mohd Hafiz bin Sulaiman, Penolong Setiausaha Kanan, Bahagian Kesejahteraan Komuniti, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT); Encik Annuar bin Hassan, Ahli Majlis MPKK mewakili Tuan Haji Badrol Hisam bin Mohd Yusoff, Ketua Whip Ahli Majlis MPKK; Puan Norhayati binti Amran, Ahli Majlis Zon 9 MPKK; Ahli-Ahli Majlis MPKK, Pengarah jabatan, ketua bahagian serta warga kerja MPKK.

Program bermula seawal 8.30 pagi dengan pelbagai pengisian menarik antaranya pameran agensi, Kaunter Khidmat Pelanggan MPKK, pemeriksaan kesihatan, Karnival Jualan Rahmah, pertandingan Eco Fun Race, pertandingan Upcycle Mystery Challenge serta pertandingan Recycle dan Slay.

Selain itu, program turut diisi dengan Taklimat Recycle Smart @ Green Community dan sesi demonstrasi Waste Compost oleh SWCorp, Taklimat Denggi oleh Encik Muhammad Rosyafiq bin Mohamad Rosidi.

Turut diadakan pameran oleh Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) serta Syarikat E-Idaman Sdn. Bhd. yang memberi pendedahan kepada masyarakat berkaitan pengurusan sisa pepejal, kebersihan awam dan kepentingan amalan kitar semula.

Program ini menjadi platform terbaik dalam memupuk kesedaran masyarakat terhadap amalan kitar semula, penjagaan kesihatan awam serta gaya hidup lestari demi kesejahteraan komuniti dan generasi akan datang.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua tetamu kehormat, jabatan dan agensi yang terlibat, rakan kolaborasi, jawatankuasa COMBI dan KOMBED, para peserta serta seluruh komuniti yang bersama-sama menjayakan program ini.

Klik untuk gambar sekitar program

#MajlisPerbandaranKulim

Skip to content