Majlis diadakan di Dewan Seri Serdang, Majlis Daerah Bandar Baharu, Kedah yang bermula jam 2.00 petang.
Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Negeri Kedah dan Lagu ANUALE.
Seterusnya ucapan aluan daripada Yang Berbahagia Dato’ Dr. Haji Adnan bin Mat, Pengerusi ANULAE Cawangan Kedah Selatan Merangkap Presiden ANULAE Semenanjung Malaysia, Pengerusi Majlis Bersama Kebangsaan Bagi Pekerja-Pekerja Sains & Teknologi.
Majlis diteruskan dengan ucapan perasmian oleh Yang Berbahagia Puan Noor Shaadah Binti Ahmad, AMK., BCK., Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu.
Mesyuarat kali ini melibatkan Pihak Berkuasa Tempatan seperti Majlis Perbandaran Sungai Petani, Majlis Perbandaran Kulim, Majlis Daerah Sik, Majlis Daerah Yan dan Majlis Daerah Bandar Baharu.
Majlis diteruskan dengan pemberian cenderamata oleh Pengerusi ANULAE kepada Puan Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu serta tetamu kehormat yang turut hadir.
Mesyuarat turut dihadiri oleh YBhg. Encik Muhamad Amin Bin Jaafar, Setiausaha Majlis Daerah Bandar Baharu, Encik Zulfadzrin bin Nordin, Penolong Pegawai Daerah Bandar Baharu, Haji Emrizal Bin Abdul Rahman, Timbalan Presiden ANULAE, Encik Norman bin Haji Taib, Setiausaha Agung dan Puan Nafizah bin Nyah Pa’at Bendahari ANUALE Semenanjung Malaysia.
Setinggi – tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua Ahli Jawatankuasa Tertinggi dan Ahli – Ahli Jawatankuasa serta semua Ahli- Ahli ANULAE Cawangan Kedah Selatan yang hadir dan menjadikan Bandar Baharu sebagai tuan rumah mesyuarat pada kali ini.

















