


Kubang Pasu – Jabatan Penguatkuasa Majlis Perbandaran Kubang Pasu (MPKP) telah menjalankan operasi pemeriksaan lesen di sekitar Kompleks C Mart BDI dan Lotus Jitra yang menyaksikan sebanyak 66 premis diperiksa bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan pelesenan yang ditetapkan. Dalam operasi tersebut, sebanyak 14 tawaran kompaun telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Premis serta Penjaja dan Gerai (MDKP) 2010. Susulan itu, pihak MPKP menasihatkan semua peniaga agar sentiasa memastikan lesen perniagaan mereka masih sah dan diperbaharui mengikut tempoh bagi mengelakkan tindakan penguatkuasaan demi menjamin aktiviti perniagaan yang lebih teratur dan selamat.
Portal : https://pbt.kedah.gov.my/…/majlis-perbandaran-kubang-pasu/
Twitter : https://twitter.com/mpkubangpasu
Instagram : https://www.instagram.com/majlisperbandarankubangpasu/
Facebook : https://www.facebook.com/MPKubangpasu
WhatsApp Aduan : https://wa.link/c38jh1
