
Dimaklumkan bahawa kerja-kerja pembinaan jambatan sedang dijalankan di 𝐓𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐓𝐚𝐬𝐢𝐤 𝐏𝐮𝐭𝐫𝐚,𝐊𝐮𝐥𝐢𝐦 bagi tujuan penambahbaikan kemudahan awam di kawasan tersebut.
Tempoh Pelaksanaan Projek:
𝟐𝟒 𝐌𝐞𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐡𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚 𝟏𝟏 𝐎𝐤𝐭𝐨𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟔
Sepanjang tempoh pelaksanaan kerja, kawasan yang terlibat akan diwartakan sebagai 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐋𝐀𝐑𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 dan ditutup kepada orang awam demi memastikan keselamatan pengunjung, penduduk setempat serta pekerja di tapak pembinaan.
Orang awam dinasihatkan supaya:
Tidak memasuki kawasan pembinaan yang telah ditandakan
Mematuhi semua papan tanda dan arahan keselamatan
Mengikut arahan petugas di lokasi
Berhati-hati ketika melalui kawasan berhampiran tapak kerja
Mengawasi kanak-kanak agar tidak menghampiri kawasan larangan
Kerjasama dan keprihatinan semua pihak amat dihargai bagi memastikan kerja-kerja pembinaan dapat berjalan dengan lancar dan selamat.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
04-4325235
Jabatan Kejuruteraan, MPKK
Terima kasih atas perhatian dan kerjasama anda.