Berita baik buat semua pemilik anjing di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK)!

Sempena Program Bersama Komuniti Kempen Pengurusan Haiwan Terbiar Majlis Perbandaran Kulim 2026, pihak MPKK buat julung kalinya menawarkan LESEN ANJING SECARA PERCUMA kepada orang ramai.

📅 Tempoh tawaran:

𝟏 𝐉𝐮𝐥𝐚𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐡𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚 𝟑𝟏 𝐃𝐢𝐬𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟔

✅ Permohonan lesen anjing baharu adalah 𝐏𝐄𝐑𝐂𝐔𝐌𝐀

✅ Pembaharuan lesen anjing adalah 𝐏𝐄𝐑𝐂𝐔𝐌𝐀

Jangan lepaskan peluang istimewa ini! Ayuh jadi pemilik haiwan yang bertanggungjawab dengan melesenkan anjing anda.

📲 Buat permohonan sekarang dengan mengimbas kod QR pada poster atau layari:

https://elesen.mpkk.gov.my

Sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi Jabatan Kesihatan Persekitaran, Bahagian Kesihatan Awam di talian yang tertera.

“𝑲𝒂𝒔𝒊𝒉 𝑼𝒏𝒕𝒖𝒌 𝒀𝒂𝒏𝒈 𝑻𝒊𝒅𝒂𝒌 𝑩𝒆𝒓𝒔𝒖𝒂𝒓𝒂”

Rebut peluang ini sekarang sebelum tamat tempoh!

#MajlisPerbandaranKulimKedah

#kempenpengurusanhaiwanterbiar

#kasihuntukyangtidakbersuara

Skip to content