



KUBANG PASU – Majlis Perbandaran Kubang Pasu telah berjaya menganjurkan Perhimpunan Korporat Bil. 2/2026 yang berlangsung penuh semangat di Auditorium Dewan Wawasan, MPKP hari ini. Majlis yang dihadiri oleh barisan pengurusan tertinggi serta warga kerja MPKP yang segak berpakaian korporat serba merah ini menjadi platform penting dalam memperkukuh ukhuwah, menyelaraskan hala tuju strategik daerah, serta menyemarakkan komitmen warga kerja ke arah merealisasikan visi Kubang Pasu 2035 dan menyokong Moto Majlis Perbandaran Kubang Pasu iaitu 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐢𝐡 𝐈𝐧𝐝𝐚𝐡, 𝐌𝐚𝐤𝐦𝐮𝐫 𝐃𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭.
Portal : https://pbt.kedah.gov.my/…/majlis-perbandaran-kubang-pasu/
Twitter : https://twitter.com/mpkubangpasu
Instagram : https://www.instagram.com/majlisperbandarankubangpasu/
Facebook : https://www.facebook.com/MPKubangpasu
WhatsApp Aduan : https://wa.link/c38jh1
