PUTRAJAYA – Satu Bengkel Memuktamadkan Cadangan Projek “Strengthening Resilience and Adaptive Capacity Through Nature-Based Solutions for Water Management in Malaysia” di bawah Adaptation Fund, UNFCCC telah berjaya dilaksanakan bertempat di Hotel Mercure Living, Putrajaya. Bengkel yang berlangsung dari jam 8.30 pagi sehingga 5.00 petang ini telah dirasmikan oleh Encik Ahmad Farid Mohamed selaku wakil daripada Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES). Sesi kemudiannya diteruskan dengan pembentangan secara berkumpulan yang menyaksikan penglibatan aktif delegasi Daerah Kubang Pasu, yang diketuai sendiri oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kubang Pasu, Tuan Junaidi Bin Abdul Rani @ Abdul Ghani bersama Cik Norsham Yaakob dalam membincangkan strategi pengurusan air berasaskan alam semula jadi.

Sesi perbincangan meja bulat yang produktif dan pembentangan kertas kerja tersebut berjalan lancar dengan komitmen penuh daripada pelbagai pihak berkepentingan yang hadir demi memperkukuh daya tahan negara terhadap perubahan iklim. Kemuncak program menyaksikan bengkel ini ditutup secara rasmi dengan ucapan penutup yang disampaikan oleh Timbalan Pengarah Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Dr. Norwati Muhammad. Penganjuran bengkel ini diharapkan dapat memuktamadkan draf cadangan projek yang komprehensif bagi memastikan kelestarian serta keselamatan sumber air negara pada masa hadapan dapat dicapai dengan jayanya.

#perbandaranbersihindah

#majlisperbandarankubangpasu

#MPKP

🖱 Portal : https://pbt.kedah.gov.my/…/majlis-perbandaran-kubang-pasu/

📱 Twitter : https://twitter.com/mpkubangpasu

📲 Instagram : https://www.instagram.com/majlisperbandarankubangpasu/

💻Facebook : https://www.facebook.com/MPKubangpasu

📱 WhatsApp Aduan : https://wa.link/c38jh1

Skip to content