KUBANG PASU – Semangat kerjasama dan perpaduan dalam kalangan masyarakat terus diperkukuhkan menerusi penganjuran Program Membina Muafakat Membentuk Persekitaran Harmonis yang berlangsung dengan meriah di Belimbing Eco Park, Taman Belimbing, Jitra.

Program yang dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Kubang Pasu (MPKP) ini mendapat kerjasama daripada Penghulu Mukim, SWCorp, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta penglibatan aktif penduduk setempat dalam usaha memperkukuhkan hubungan silaturahim, memupuk semangat kejiranan dan mewujudkan persekitaran komuniti yang bersih, sihat serta harmoni.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ahli Majlis Majlis Perbandaran Kubang Pasu, En. Adam Mohammad bin Mohamad Radzi, yang dalam ucapannya menekankan bahawa kejayaan sesebuah komuniti bergantung kepada kesepaduan masyarakat dalam menjaga kebersihan, keselamatan dan kesejahteraan kawasan kediaman masing-masing.

Beliau turut menyatakan bahawa program seumpama ini bukan sahaja menjadi platform untuk mengeratkan hubungan antara agensi kerajaan dan masyarakat, malah dapat meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap kepentingan menjaga alam sekitar serta mengamalkan gaya hidup sihat.

#perbandaranbersihindah

#majlisperbandarankubangpasu

#MPKP

🖱 Portal : https://pbt.kedah.gov.my/…/majlis-perbandaran-kubang-pasu/

📱 Twitter : https://twitter.com/mpkubangpasu

📲 Instagram : https://www.instagram.com/majlisperbandarankubangpasu/

💻Facebook : https://www.facebook.com/MPKubangpasu

📱 WhatsApp Aduan : https://wa.link/c38jh1

Skip to content