4 Julai 2026 – Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) telah berjaya melaksanakan Program Bersama Komuniti: Kempen Pengurusan Haiwan Terbiar Majlis Perbandaran Kulim 2026 yang disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Haji Elmi bin Yusoff, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kulim.

Majlis ini turut dihadiri oleh Dr. Ummi Sumilah Soraya binti Mohamad Johar, Ketua Bahagian Kesihatan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kedah; Tuan Haji Badrol Hisam bin Mohd Yusoff, Ketua Whip Ahli Majlis MPKK; YBhg. Datin Azlina binti Md. Zuki, Pengerusi PUSPANITA MPKK Cawangan Kulim; Puan Noorul Azyyati binti Ahmad Salmi, Setiausaha Majlis Perbandaran Kulim; ketua-ketua jabatan MPKK, wakil-wakil agensi kerajaan daerah Kulim serta warga kerja MPKK.

Dalam ucapan perasmiannya, YBhg. Dato’ merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) atas peruntukan sebanyak RM10,000 bagi merealisasikan penganjuran program ini.

Beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kedah, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Daerah Kulim serta badan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat atas kerjasama, komitmen dan sokongan padu dalam menjayakan program berimpak komuniti ini.

Pada majlis tersebut, YBhg. Dato’ turut mengumumkan pengecualian bayaran lesen anjing bermula 1 Julai 2026 hingga 31 Disember 2026. Sehubungan itu, semua pemilik anjing diseru agar mengambil peluang ini untuk mendapatkan lesen serta memastikan haiwan peliharaan masing-masing menerima vaksin bagi mencegah penularan penyakit.

YBhg. Dato’ turut menekankan bahawa pengurusan haiwan terbiar memerlukan kerjasama dan tanggungjawab bersama daripada semua pihak. Diharapkan kempen ini dapat terus memperkukuh jalinan kerjasama antara kerajaan, NGO dan komuniti dalam membentuk masyarakat yang lebih prihatin terhadap kebajikan haiwan, di samping memastikan persekitaran yang bersih, selamat dan sejahtera.

Klik untuk gambar sekitar program

#MajlisPerbandaranKulim

#kempenpengurusanhaiwanterbiar

#kasihuntukyangtidakbersuara

#kementerianperumahandankerajaantempatan

Skip to content