DATUK BANDAR ALOR SETAR RASMI TANDAS BERTARAF LIMA BINTANG SK TAMAN RAKYAT SEMPENA TOTYA 2026 PERINGKAT MBAS
Alor Setar, 24 Jun 2026 – Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar bin Yahya pada pagi tadi telah hadir menyempurnakan Majlis
Perasmian Tandas Sekolah bertempat di Dewan Setara, Sekolah Kebangsaan Taman Rakyat (SKTR).
Majlis perasmian tersebut diadakan bersempena dengan penyertaan cemerlang sekolah dalam pertandingan Toilet of the Year Awards (TOTYA) 2026 Peringkat Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS). SK Taman Rakyat telah melakar kejayaan yang amat membanggakan apabila berjaya meraih anugerah kecemerlangan tandas bertaraf lima bintang bagi kategori sekolah menerusi pertandingan TOTYA 2026 yang telah dianjurkan oleh pihak MBAS pada bulan Mei yang lalu.
Penganjuran majlis perasmian ini menjadi lambang pembuktian komitmen jitu pihak pengurusan sekolah dalam usaha memperkasakan budaya kebersihan, di samping meningkatkan kualiti kemudahan fasiliti tandas demi mewujudkan persekitaran yang bersih, selesa, serta kondusif buat kemudahan seluruh warga sekolah.
Menerusi penganugerahan dan pengiktirafan ini, inisiatif proaktif yang ditonjolkan oleh pihak SKTR diharapkan dapat menjadi penanda aras serta contoh teladan kepada institusi-institusi pendidikan yang lain dalam usaha membudayakan amalan kebersihan dan penjagaan fasiliti tandas secara berterusan.
Hadir sama Pengarah Jabatan Kesihatan Persekitaran, Tuan Haji Bohari Md Yusof; Pengetua SK Taman Rakyat, Ketua Komunikasi Strategik E-Idaman Sdn Bhd, Puan Cik Embun Majid, guru-guru sekolah serta pegawai-pegawai terlibat.
