DATUK BANDAR ALOR SETAR HADIR PROGRAM EDARAN BUBUR ASYURA ANJURAN KOPERASI PEKAN RABU

KLIK SINI UNTUK BERITA BERGAMBAR PENUH
Alor Setar, 2 Julai 2026 – Koperasi Pekan Rabu menganjurkan program edaran bubur asyura kepada orang ramai di perkarangan Pekan Rabu, di sini, hari ini, sebagai usaha mengeratkan hubungan silaturahim dan menyemarakkan amalan berkongsi rezeki dalam kalangan masyarakat.
 
Program tersebut diserikan dengan kehadiran Datuk Bandar Alor Setar, YBhg. Dato’ Haji Abdul Gafar Yahya yang turut menyempurnakan pengagihan bubur asyura kepada orang ramai bersama Pengerusi Koperasi Pekan Rabu, Shahrizal Zolkepli serta pegawai-pegawai terlibat.
 
Sebanyak lima kawah bubur asyura telah dimasak secara bergotong-royong sebelum diagihkan kepada orang ramai di perkarangan Pekan Rabu.
 
Penganjuran program itu mencerminkan komitmen Koperasi Pekan Rabu dalam memupuk semangat kebersamaan, memperkukuh hubungan antara agensi dan komuniti setempat serta meneruskan tradisi penyediaan bubur asyura yang menjadi amalan masyarakat setiap kali menjelang bulan Muharam.
 
Skip to content