
Dimaklumkan bahawa Sistem eLesen Majlis Perbandaran Kulim Kedah akan menjalani kerja-kerja penyelenggaraan dan naik taraf bagi meningkatkan mutu serta kecekapan perkhidmatan kepada pengguna.
Sepanjang tempoh tersebut, akses ke sistem eLesen tidak dapat digunakan buat sementara waktu.
Tarikh & masa mula:
13 Julai 2026, 12.01 pagi
Tarikh & masa tamat:
15 Julai 2026, 8.30 pagi
Segala kesulitan yang timbul amat dikesali. Kerjasama dan kefahaman orang ramai amat kami hargai.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 04-432 5225 atau e-mel ke info@mpkk.gov.my.