Bahang Perlawanan Akhir FIFA World Cup 2026 bakal memuncak! Jangan lepaskan peluang untuk merasai debaran aksi penentuan juara dunia bersama keluarga, rakan-rakan dan seluruh warga Kulim dalam suasana yang lebih meriah di Stadium Kulim.

📅 19 Julai 2026

⏰ Bermula 8.00 malam

📍 Stadium Kulim

Selain tayangan Perlawanan Akhir Piala Dunia di skrin besar pada 3.00 pagi, pelbagai aktiviti menarik turut menanti anda, antaranya:

🎮 Pertandingan E-Sukan Mobile Legends & FC26

⚽ Perlawanan persahabatan MPKK dan Star City FC

🥅 Penalty Shootout

🍽️ Food Festival & Jualan Rahmah

🎁 98 hadiah cabutan bertuah serta 2 hadiah utama

🛡️ Ceramah pencegahan jenayah dan scammer

🏍️ Pameran agensi, Kaunter Saman PDRM & Kelab Superbike

🎉 Istimewa untuk pengunjung!

🪖 500 helmet baharu PERCUMA melalui penukaran helmet lama

📱 500 kad SIM Tune Talk

🛍️ 500 beg cenderahati Big Pharmacy

🔥 Jangan tengok seorang diri di rumah! Ajak ibu bapa, pasangan, anak-anak, jiran dan rakan-rakan untuk bersama-sama memeriahkan Stadium Kulim. Kita cipta suasana yang luar biasa sambil menyaksikan detik bersejarah penentuan juara dunia di skrin besar!

#MajlisPerbandaranKulim

#KarnivalFifaFinalWorldCup

Skip to content