

𝐉𝐎𝐌 𝐁𝐀𝐖𝐀 𝐁𝐄𝐆 𝐒𝐄𝐍𝐃𝐈𝐑𝐈!
Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) melalui Dasar Pengurangan Plastik Sekali Guna akan melaksanakan Kempen Kulim Bebas Beg Plastik secara berperingkat sebagai usaha mengurangkan penggunaan plastik sekali guna dan menjadikan Kulim lebih bersih, hijau serta lestari.
Mulai 𝟏 𝐉𝐚𝐧𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟕, premis perniagaan yang terlibat di dalam kawasan pentadbiran MPKK tidak lagi dibenarkan membekalkan beg plastik kepada pengguna.
Kini masanya untuk kita mengubah tabiat demi masa depan yang lebih sejahtera. Jadikan beg guna semula sebagai keperluan setiap kali keluar membeli-belah.
𝐏𝐫𝐞𝐦𝐢𝐬 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐥𝐢𝐛𝐚𝐭 𝐦𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠𝐤𝐮𝐦𝐢:
Pasar Raya (Hypermarket)
Pasar Raya Besar (Supermarket)
Pasar Raya Serbaneka (Department Store)
Kedai Serbaneka (Convenience Store)
Restoran Makanan Segera (Fast Food Restaurant)
Kedai Serbaneka Stesen Minyak (Petrol Station Convenience Store)
Kedai Rangkaian (Chain Store)
Farmasi (Pharmacy)
Lain-lain premis perniagaan berkaitan yang akan dimasukkan ke dalam senarai ini pada masa akan datang (Others)
𝐊𝐞𝐧𝐚𝐩𝐚 𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐩𝐞𝐫𝐥𝐮 𝐦𝐞𝐧𝐲𝐨𝐤𝐨𝐧𝐠 𝐤𝐞𝐦𝐩𝐞𝐧 𝐢𝐧𝐢?
Kurangkan penggunaan plastik sekali guna.
Lindungi sungai, alam sekitar dan hidupan.
Kurangkan kos pelupusan sisa pepejal.
Membudayakan penggunaan beg guna semula.
Jadikan Kulim lebih bersih, hijau dan selesa untuk didiami.
Perubahan bermula dengan tindakan kita hari ini. Satu beg guna semula yang anda bawa mampu mengurangkan ribuan beg plastik daripada mencemarkan alam sekitar.
𝐁𝐚𝐰𝐚 𝐛𝐞𝐠 𝐬𝐞𝐧𝐝𝐢𝐫𝐢, 𝐬𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐬𝐞𝐤𝐢𝐭𝐚𝐫 ![]()