𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐋𝐀𝐍𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐊𝐄 𝐏𝐁𝐓 𝐓𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐃𝐔𝐒𝐓𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐇𝐈𝐓𝐄𝐂𝐇 𝐊𝐔𝐋𝐈𝐌

13 Julai 2026 – PBT TPHTK : PBT TPHTK hari ini telah menerima kunjungan daripada delegasi PLANMalaysia (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa) yang diketuai oleh Bahagian Perancangan Wilayah bagi Kajian Rancangan Wilayah Negeri Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Perlis (RW PEKA).

Delegasi telah disambut oleh Yang Berbahagia Puan Sunita Abdul Aziz, Yang Dipertua bersama Yang Berusaha Encik Ahmad Fayadh Abdul Manap, Setiausaha PBT TPHTK sebelum sesi taklimat dan perbincangan diadakan berkaitan status semasa serta perancangan pembangunan di kawasan pentadbiran PBT TPHTK.

Sesi ini bertujuan mendapatkan input dan maklumat lapangan sebagai sebahagian daripada penyediaan Kajian Rancangan Wilayah Negeri Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Perlis (RW PEKA), yang akan menjadi panduan kepada pembangunan wilayah yang lebih terancang, mampan dan berdaya saing pada masa hadapan.

 

PBT TPHTK merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak PLANMalaysia atas kunjungan ini dan berharap kerjasama erat yang terjalin akan terus diperkukuhkan demi pembangunan wilayah dan kesejahteraan komuniti.

Skip to content