KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA
Terbuka kepada pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia serta MPSPK yang masih dibenar kerja-kerja perkhidmatan sebutharga adalah dipelawa untuk mendaftar bagi bekalan sebut harga di bawah ini.
| BIL | NO SEBUTHARGA | PROJEK | KOD BIDANG MOF |
| 1. | 85/2026 (KEJ) | SEBUTHARGA PERKHIDMATAN SEWAAN JENTERA PEMBINAAN & PENGANGKUTAN DAN JENTERA BERAT (SKYLIFT DAN CRANE) MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI KEDAH DARUL AMAN BAGI TEMPOH 24 BULAN | BERDAFTAR DENGAN KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA KOD BIDANG 221503 |
Dokumen tawaran ini boleh didapati di Jabatan Kewangan (Seksyen Perolehan) mulai 20 JULAI 2026 pada hari dan waktu seperti di bawah :-
| Ahad – Rabu | : | 8.30 pagi – 12.45 tengah hari |
| 2.15 petang – 4.30 petang | ||
| Khamis | : | 8.30 pagi – 12.45 tengah hari |
| 2.15 petang – 3.00 petang |
Penyebutharga dikehendaki membawa Sijil Pendaftaran Asal Kementerian Kewangan Malaysia dan satu Salinan tersebut beserta resit pendaftaran kontraktor MPSPK semasa membeli dokumen sebutharga.
Dokumen sebutharga boleh dibeli dengan harga RM20.00 (Ringgit Malaysia Dua Puluh Sahaja) yang tidak dikembalikan. Pembayaran hendaklah dibuat di dalam bentuk Kad Debit / Kad Kredit / Boost / Touch n Go e Wallet.
Tarikh tutup sebut harga ialah pada 30 JULAI 2026, jam 12.00 tengah hari. Dokumen tawaran sebut harga yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri/bermeteri, bertulis nama tawaran dan nombor sebut harga dan dihantar kepada Tingkat 4, Jabatan Kewangan, Bangunan Menara MPSPK, Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.
Pihak kerajaan tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah sekali daripada mana-mana tawaran.
YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI
Tarikh Iklan : 20 JULAI 2026