PEMAKLUMAN
KAUNTER BERGERAK CUKAI TAKSIRAN MPSPK BULAN JULAI 2026
Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK) akan mengadakan Kaunter Bergerak Cukai Taksiran bagi memudahkan urusan semakan dan pembayaran cukai taksiran kepada penduduk setempat seperti ketetapan berikut:
Tarikh: 24-25 Julai 2026 (Jumaat-Sabtu)
Lokasi: Pasaraya Mydin, Taman Batik
Masa: 9.30 pagi – 4.30 petang
Orang ramai dijemput hadir untuk mendapatkan perkhidmatan semakan dan pembayaran cukai taksiran dengan lebih mudah, cepat dan mesra pelanggan.
Pelanggan dinasihatkan supaya mengaktifkan kad debit, kad kredit serta perkhidmatan perbankan dalam talian (online banking) terlebih dahulu bagi memudahkan urusan pembayaran di kaunter.
Kaedah pembayaran yang diterima:
Kad Debit
Kad Kredit
American Express (AMEX)
Touch ’n Go eWallet (TNG)
Ayuh manfaatkan perkhidmatan Kaunter Bergerak MPSPK dan laksanakan tanggungjawab anda sebagai pembayar cukai taksiran.
