24 Julai 2026 – Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) telah hadir ke Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi menyertai sesi Taklimat Hala Tuju Pendigitalan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Pelaksanaan Sistem ePBT yang diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, KPKT.

Sesi taklimat tersebut dipengerusikan oleh Encik Omran bin Omar, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan dan Pembangunan), Jabatan Kerajaan Tempatan, KPKT.

Turut hadir ialah YBhg. Dato’ Haji Elmi bin Yusoff, Yang Dipertua MPKK, bersama pegawai-pegawai MPKK yang terlibat dalam agenda pendigitalan dan pelaksanaan Sistem ePBT.

Sebelum sesi taklimat dimulakan, YBhg. Dato’ Yang Dipertua turut berkesempatan mengadakan pertemuan bersama YBhg. Dato’ Mohd Fadzli bin Mohd Kenali, Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan, KPKT.

Sesi taklimat ini menjadi platform penting bagi memperkukuh kerjasama dan komitmen MPKK dalam mendukung agenda pendigitalan PBT melalui pemanfaatan teknologi, pengurusan data yang berkesan serta penerapan inovasi ke arah meningkatkan kecekapan dan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

Klik untuk gambar sekitar program

#MajlisPerbandaranKulim

Skip to content