2 Ogos 2026 – Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) bagi berkongsi amalan terbaik berkaitan Building Information Modeling (BIM), Kecerdasan Buatan (AI), Sistem One Stop Centre (OSC) serta transformasi proses kelulusan pelan bangunan.

Delegasi MBJB diketuai oleh Puan Masliza binti Samuri, Arkitek, Majlis Bandaraya Johor Bahru. Ketibaan delegasi telah disambut oleh Yang Dipertua MPKK, YBhg. Dato’ Haji Elmi bin Yusoff, diiringi Setiausaha MPKK, Puan Noorul Azyyati binti Ahmad Salmi, serta barisan Pengarah Jabatan dan warga kerja MPKK.

Lawatan ini diteruskan dengan sesi taklimat berkaitan Building Information Modelling (BIM), penggunaan Kecerdasan Buatan (AI) oleh Ts. Muhammad Rezuan bin Abu Samah, Pengarah Jabatan Kawalan Bangunan serta pelaksanaan Sistem One Stop Centre (OSC) oleh Encik Riansyah Annai Minsai bin Abdullah, Penolong Pengarah, Unit Pusat Sehenti (OSC). Program turut diserikan dengan sesi soal jawab, penyampaian cenderahati dan lawatan ke Bilik BIM.

MPKK merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Majlis Bandaraya Johor Bahru atas kunjungan serta komitmen dalam menjayakan sesi perkongsian ilmu ini. Semoga kerjasama strategik antara pihak berkuasa tempatan terus diperkukuhkan demi kesejahteraan masyarakat.

Klik untuk gambar sekitar program

#MajlisPerbandaranKulim

Skip to content