9 Ogos 2026 – Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) bersama JKR Daerah Kulim, JKR Projek FT004 serta jabatan dalaman MPKK iaitu Jabatan Kejuruteraan, Jabatan Perancangan dan Landskap, Jabatan Penguatkuasaan dan Unit OSC telah mengadakan lawatan tapak bagi meneliti beberapa isu pembangunan dan infrastruktur di kawasan Padang Meha serta Kulim East Industrial Park (KEIP).

Lawatan tapak ini turut disertai oleh Yang Dipertua MPKK yang turun padang bersama-sama bagi meninjau dan meneliti sendiri isu serta permasalahan yang terdapat di kawasan berkenaan.

Antara perkara yang diberi perhatian ialah isu hakisan cerun di pembangunan Tetuan Senam Jaya Sdn. Bhd, yang memerlukan tindakan pembaikan segera mengikut spesifikasi ditetapkan serta langkah kawalan bagi mengelakkan limpahan air ke Jalan Persekutuan FT004.

Lawatan turut meneliti kerja naik taraf Jalan Bukit Karangan oleh Tetuan Kelang Lama Sdn. Bhd. yang perlu disiapkan segera bagi membolehkan jalan tersebut dibuka untuk kegunaan awam dan kawasan perindustrian. Selain itu, sambungan jalan KEIP ke Jalan FT004 akan disiapkan dalam tempohmasa yang ditetapkan.

Pihak pemaju akan melaksanakan pematuhan terhadap arahan dan keperluan teknikal yang ditetapkan oleh JKR dan MPKK dalam tempoh masa yang diberikan, bagi memastikan pembangunan perindustrian di kawasan Padang Meha dan KEIP berjalan dengan selamat, teratur dan lancar.

Klik untuk gambar sekitar program

#MajlisPerbandaranKulim

Skip to content