

10 Ogos 2026 – Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) telah menerima kunjungan hormat daripada Apex Club of Kulim yang turut disertai wakil daripada Apex Club of San Pablo, Philippines, Apex Club of Penang dan Apex Club of George Town yang diketuai oleh Miss Krissa Race, President of Apex Women’s Club of San Pablo.
Setiausaha MPKK, Puan Noorul Azyyati binti Ahmad Salmi, amat berbesar hati menerima kunjungan ini dan dalam ucapan alu-aluannya, merakamkan ucapan penghargaan serta terima kasih atas kunjungan hormat daripada pihak Apex Club of San Pablo dan delegasi yang hadir.
Kunjungan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan persahabatan, memperkukuh kerjasama serta memupuk hubungan baik antara kedua-dua pihak. Selain itu, kunjungan ini turut menjadi platform untuk bertukar pandangan serta berkongsi pengalaman dalam usaha memperluaskan jaringan kerjasama pada masa akan datang.
Turut hadir ialah Pengarah-Pengarah MPKK serta kakitangan MPKK yang bersama-sama menyambut kehadiran delegasi dan menjayakan kunjungan hormat tersebut.
Semoga kunjungan ini dapat memperkukuh hubungan sedia ada, memperluaskan jaringan kerjasama serta memberi manfaat kepada semua pihak.