



10 Ogos 2026 – Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) telah menerima Lawatan Verifikasi Pelaksanaan Kempen Kesihatan Persekitaran di Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan Tahun 2026 oleh Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
Lawatan verifikasi ini dilaksanakan susulan Majlis Perbandaran Kulim terpilih dalam senarai 15 PBT terbaik bagi pengurusan Kempen Haiwan Terbiar Tahun 2026.
Verifikasi melibatkan semakan data serta tinjauan ke lokasi kempen di kawasan seliaan Majlis Perbandaran Kulim bagi menilai pematuhan terhadap syarat-syarat kempen serta pencapaian yang telah ditetapkan.
Semoga usaha dan komitmen berterusan Majlis Perbandaran Kulim dalam memastikan persekitaran yang bersih, selamat dan sejahtera dapat memberi manfaat kepada seluruh komuniti Kulim.