PEMAKLUMAN
LELONGAN KHAS KAMBING
Anda berminat untuk mendapatkan kambing? Jangan lepaskan peluang untuk menyertai Lelongan Khas Haiwan Ternakan anjuran Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK).
12 Ogos 2026 (Rabu) | 9.30 pagi
Bengkel MPSPK, Jalan Lencongan Timur
Haiwan ternakan : Kambing
Lelongan akan dijalankan secara terbuka kepada orang awam yang berminat. Peserta berpeluang mendapatkan kambing melalui proses bidaan yang ditetapkan oleh pihak MPSPK. Orang ramai yang ingin menyertai lelongan ini dinasihatkan hadir lebih awal bagi urusan pendaftaran dan semakan sebelum sesi bidaan dimulakan.
Segala urusan lelongan adalah tertakluk kepada syarat dan ketetapan yang telah ditetapkan oleh MPSPK.
Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi 04-429 6666 sambungan Jabatan Kesihatan Persekitaran.
Jom sertai lelongan dan rebut peluang anda!
