Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) telah melaksanakan kerja-kerja pembaikan permukaan jalan di Taman Tiram, Lunas, susulan aduan yang diterima daripada orang awam berhubung keadaan jalan yang rosak di kawasan berkenaan.

Kerja-kerja pembaikan yang dilaksanakan melibatkan tindakan menampal dan meratakan semula permukaan jalan yang rosak bagi memastikan laluan lebih selamat, selesa dan lancar untuk kegunaan penduduk serta pengguna jalan raya.

MPKK merakamkan penghargaan kepada warga Kulim atas keprihatinan dan kerjasama dalam menyalurkan aduan berkaitan kemudahan awam. Maklum balas daripada masyarakat amat penting dalam membantu MPKK meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan dari semasa ke semasa.

Ikuti media sosial rasmi MPKK untuk mendapatkan maklumat terkini berhubung tindakan penyelesaian aduan, hebahan semasa serta perkembangan perkhidmatan kepada warga Kulim.

Bersama-sama kita jadikan Kulim lebih indah, bersih, maju dan selamat.

“𝑴𝑷𝑲𝑲 𝑴𝒆𝒏𝒅𝒆𝒏𝒈𝒂𝒓, 𝑴𝑷𝑲𝑲 𝑩𝒆𝒓𝒕𝒊𝒏𝒅𝒂𝒌”

Klik untuk gambar sekitar program

#MajlisPerbandaranKulim

#mpkkmendengarmpkkbertindak

#kulimindahbersihmajuselamat

Skip to content