KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA

Pembekal-pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan MPSPK adalah dipelawa untuk mendaftar bagi kerja-kerja sebut harga di bawah ini.

BILTAJUKNO SEBUT HARGAKOD BIDANG
1.SEBUT HARGA MEMBEKAL, MENGHANTAR DAN MEMASANG PERABOT BERASASKAN KAYU UNTUK MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMANNO. 28/2026 (PER)

020199

Harga Dokumen : RM20.00 SENASKAH (KAD DEBIT & KAD KREDIT)

Dokumen tawaran ini boleh didapati di Bahagian Perolehan, Tingkat 4, Menara MPSPK mulai 19 OGOS 2026 pada hari dan waktu seperti di bawah :-

Ahad – Rabu:8.15 pagi – 12.45 tengah hari
  2.15 petang – 4.30 petang
Khamis:8.15 pagi – 12.45 tengah hari
  2.15 petang – 3.00 petang

Pembekal atau wakil pembekal dikehendaki membawa dokumen asal Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia dan Sijil Akuan Pendaftar Pembekal yang dikeluarkan oleh MPSPK.

Tarikh tutup sebut harga ialah pada 26 OGOS 2026, jam 12.00 tengah hari. Dokumen tawaran sebut harga yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri/bermeteri, bertulis nama tawaran dan nombor sebut harga dan dihantar kepada Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Sungai Petani, Kompleks Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman atau dimasukkan terus ke dalam Peti Tawaran Sebut harga di Bahagian Perolehan, Majlis Perbandaran Sungai Petani, Kompleks Menara MPSPK, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Pihak kerajaan tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah sekali daripada mana-mana tawaran.

YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI

Tarikh Iklan : 19 OGOS 2026

Skip to content