PEMAKLUMAN
KAUNTER BERGERAK VAN CUKAI PINTU MPSPK
Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) akan mengadakan Kaunter Van Bergerak Cukai Pintu Penggal sempena Pameran Sempena Hari Keusahawanan SK Sungai Lalang seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 20 Ogos 2026 (Khamis)
Masa : 8.00 pagi – 1.00 petang
Lokasi : Dewan Anggerik SK Sungai Lalang
Orang ramai dijemput hadir untuk menjelaskan bayaran Cukai Pintu, menyemak maklumat akaun cukai taksiran serta mendapatkan perkhidmatan berkaitan yang disediakan oleh MPSPK.
Jangan tunggu saat akhir! Jelaskan bayaran Cukai Pintu anda mengikut tempoh yang ditetapkan bagi mengelakkan sebarang tunggakan atau tindakan penguatkuasaan. Pelanggan juga dinasihatkan supaya mengaktifkan kad debit, kad kredit atau perbankan dalam talian (online banking) bagi memudahkan urusan pembayaran di Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah.
Ayuh, manfaatkan perkhidmatan Kaunter Bergerak MPSPK yang lebih mudah, cepat dan mesra pelanggan.
