17 Ogos 2026 – Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) melalui Jabatan Kejuruteraan telah melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan penutup longkang di kawasan Pasar Besar Kulim yang mengalami kerosakan serta berpotensi menimbulkan risiko keselamatan kepada pengguna jalan raya dan pengunjung pasar.

Tindakan pembaikan ini dilaksanakan bagi memastikan kemudahan awam sentiasa berada dalam keadaan baik, selamat dan selesa digunakan oleh masyarakat setempat.

MPKK merakamkan penghargaan kepada warga Kulim atas keprihatinan dan kerjasama dalam menyalurkan aduan berkaitan kemudahan awam. Maklum balas daripada masyarakat amat penting dalam membantu MPKK meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan dari semasa ke semasa.

Ikuti media sosial rasmi MPKK untuk mendapatkan maklumat terkini berhubung tindakan penyelesaian aduan, hebahan semasa serta perkembangan perkhidmatan kepada warga Kulim.

Bersama-sama kita jadikan Kulim lebih indah, bersih, maju dan selamat.

“𝑴𝑷𝑲𝑲 𝑴𝒆𝒏𝒅𝒆𝒏𝒈𝒂𝒓, 𝑴𝑷𝑲𝑲 𝑩𝒆𝒓𝒕𝒊𝒏𝒅𝒂𝒌”

Klik untuk gambar sekitar program

#MPKKmendengarMPKKbertindak

#KulimIndahBersihMajuSelamat

Skip to content