Majlis Daerah Bandar Baharu (MDBB) merupakan salah satu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang telah dipilih untuk Sesi Pemantapan Pelaksanaan Proses & Prosedur One Stop Centre (OSC) Di Pihak Berkuasa Tempatan oleh Jabatan Kerajaan Tempatan susulan Audit Pematuhan OSC 3.0 Plus Pihak Berkuasa Tempatan pada tahun 2023.

Sesi pemantapan ini telah diadakan di Bilik Mesyuarat MDBB, bermula pada jam 10.00 pagi. Sesi dimulakan dengan taklimat ringkas yang disampaikan oleh Yang Berusaha Tuan Setiausaha Majlis Daerah Bandar Baharu, Encik Muhamad Amin bin Jaafar.

Sesi diteruskan dengan ucapan pembukaan oleh Tuan Meor Syahrizan bin Sha @ Meor Sha, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Perunding Kawalan Pemajuan, Jabatan Kerajaan Tempatan. Beliau hadir bersama-sama lapan (8) orang pegawai bagi membantu melancarkan sesi pemantapan ini.

Tujuan sesi pemantapan ini adalah bagi memberi pendedahan dan pemahaman yang lebih jelas kepada Majlis Daerah Bandar Baharu terutamanya Unit Pusat Setempat (OSC), Jabatan Perancangan Pembangunan dan Jabatan Kejuruteraan yang terlibat secara langsung dalam pematuhan proses dan prosedur OSC 3.0 Plus.

Pihak Majlis Daerah Bandar Baharu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pegawai atas kesudian hadir serta menjalankan sesi pemantapan ini melalui perbincangan dan khidmat nasihat dan panduan bagi memastikan pematuhan kepada proses dan prosedur OSC 3.0 Plus. Ucapan penghargaan turut ditujukan kepada jabatan yang terlibat atas kerjasama, komitmen dan sokongan yang diberikan bagi memastikan sesi pemantapan ini berjalan dengan lancar dan teratur.

Skip to content