23 Ogos 2026 – Program Pembudayaan Landskap Rakan Taman di Taman Desa Kob Indah telah dilaksanakan dengan jayanya menerusi pelbagai pengisian yang melibatkan penyertaan aktif komuniti setempat.

Program dimulakan dengan perarakan sempena Hari Kemerdekaan yang disertai oleh kanak-kanak Tabika Perpaduan. Perarakan ini bukan sahaja menceriakan suasana program, malah turut menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan peserta dan komuniti setempat.

Antara aktiviti yang telah dilaksanakan ialah Pertandingan Gubahan Bunga dan Gubahan Salad Buah bertemakan Hari Kemerdekaan, gimik penanaman pokok, persembahan serta pelbagai aktiviti bersama komuniti.

Majlis telah dirasmikan oleh Puan Noorul Azyyati binti Ahmad Salmi, Setiausaha Majlis Perbandaran Kulim. Turut hadir ialah Encik Rushadi bin Paduppa, Penolong Pengarah, Bahagian Promosi dan Industri Landskap, Jabatan Landskap Negara; barisan pengarah Majlis Perbandaran Kulim serta warga kerja Majlis Perbandaran Kulim.

Program kemudiannya diteruskan dengan penyerahan peralatan penyelenggaraan taman kepada komuniti serta Penyampaian Anugerah Tokoh Kepimpinan Rakan Taman 2025 sebagai tanda penghargaan terhadap sumbangan dan komitmen dalam memperkasa pembangunan serta pengurusan landskap komuniti.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama, sokongan serta komitmen dalam menjayakan program ini.

Semoga pelaksanaan Program Pembudayaan Landskap Rakan Taman ini dapat terus membudayakan amalan pengindahan dan penjagaan landskap yang teratur serta lestari, di samping memperkukuh semangat patriotisme, kerjasama dan hubungan erat dalam kalangan komuniti setempat.

Klik untuk gambar sekitar program

#MajlisPerbandaranKulim

Skip to content