SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-69

Tanggal 31 Ogos 2026 menjadi detik bersejarah dalam memperingati 69 tahun perjalanan Malaysia sebagai sebuah negara yang terus berdiri teguh berlandaskan semangat perpaduan, keharmonian dan saling menghormati.

Berteraskan tema “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”, marilah kita bersama-sama menyemarakkan semangat patriotisme, memperkukuh perpaduan serta meraikan kepelbagaian yang menjadi kekuatan dan identiti negara.

Ayuh kita berganding bahu membina Malaysia yang lebih makmur, inklusif dan sejahtera, agar setiap rakyat dapat menikmati kehidupan yang lebih baik serta masa depan yang penuh harapan.

Semoga semangat kemerdekaan terus menyala dalam sanubari setiap rakyat dan menjadi pemangkin untuk kita bersama-sama membentuk sebuah negara yang aman, bersatu dan dihormati.

Jiwa Merdeka, Perpaduan Diperkasa, Malaysia Sejahtera.

🇲🇾𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀𝐊𝐔, 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐀𝐈𝐑𝐊𝐔, 𝐓𝐄𝐑𝐔𝐒 𝐓𝐄𝐆𝐔𝐇 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀!🇲🇾

#perbandaranbersihindah
#majlisperbandarankubangpasu
#MPKP

🖱 Portal : https://pbt.kedah.gov.my/…/majlis-perbandaran-kubang-pasu/
📱 Twitter : https://twitter.com/mpkubangpasu
📲 Instagram : https://www.instagram.com/majlisperbandarankubangpasu/
💻Facebook : https://www.facebook.com/MPKubangpasu
📱 WhatsApp Aduan : https://wa.link/c38jh1 

Skip to content